Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Sunday, September 30, 2007

4 days in Kelantan Darul Naim

Salam,

2 in 1. Inilah kali pertama Fini menjejakkan kaki ke Kelantan. Sebenarnya, kami guru-guru pemulihan khas 2007 ini telah dipanggil untuk menghadiri kursus ICT seperti mana yang Fini telah nyatakan dlm entry seblum ini. Objektif kursus kali ini adalah untuk memberikan pendedahan dan memperkemaskan lagi P&P para guru terutamanya yang melibatkan penggunaan ICT supaya P&P dapat dipelbagaikan dan menarik minat para pelajar.

Kursus ini telah dihadiri oleh 74 org guru pemulihan (kehadiran 100% GSTT batch 2007) yang telah diadakan bermula 26 - 29 September 2007 di Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu, Kelantan. Kursus ICT ini adalah berkenaan aplikasi penggunaan MS Movie Maker dan MS Power Point dalam P&P yang telah disampaikan oleh para JU JPN Pahang.


Seperti kelaziman, setiap kursus disertai dengan bengkel dan setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan(10 kumpulan). As for my group...ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki : penegasan kepada teks yang perlu ditimbulkan atau di'highlight'kan semasa ejaan, kata2 rangsangan/pemberitahuan untuk jawapan yang betul atau salah dan dr aspek capturing camera video yang lebih 'smooth'. :)

Untuk itu, kemahiran yang telah diperolehi sepanjang kursus ini perlulah diaplikasi bagi memperkemaskan lagi P&P. Terima kasih di atas ilmu para JU, kerjasama ahli kumpulan 6 - Khairol Hamidon, Annitha, Nanthini, Nurhuda, Nursyazwani, Raudah dan Mardiana.

Dah tiba di Kelantan, sesambil tu menjengah2 negeri orang. Melihat negeri Kelantan. Petang hari ke2, Fini ajak la diorang pi cari kuih. Apa2 la kuih pelik/tradisional Kelantan. Nak rasa. Hari pertama tu, berbuka dengan hidangan yang telah pihak hotel sediakan. Erm, kami pi ke bazar pun, hanya beli 2 ketul nekbat, tapai pulut, popia & karipap mini. Cikgu Odah n Cikgu Nana, pakat teman Fini ja. Fini ni kemaruk nak makan kuih...huhu...nak rasa je sebenarnya...tp mmg hantu kuih pun. Berbuka mesti ada kuih. Yg kelakar sesambil jalan2, dgr org Kelantan kecek Kelate...kami tnya sekali lagi..yg mana tak pasti tu..org yg jual tu pun senyum dan betulkan loghat diorang kpd bahasa yg difahami oleh 'org luar'. Akhirnya Fini dh rasa la kuih nekbat, tahi itik, kuih akok dan jala mas (yg nin dh pernah mkn sbb org Pekan pun ada jala mas).

Cikgu Nana suka tengok agar2/puding yg colourful ni. Tapi kami tak beli pun.

Fini minta Cikgu Nana tlg snap gmbr kuih belimbing ni, sbb kenangan my roomates (Naimah) masa matriks dulu pernah wat semasa berkunjung ke rumah Fini. Seingat Fini la, banyak2 kawan yg dtg tido umah Fini, mesti aktivitinya buat kuih...sian...bukan Fini bawa pi jalan pun. Hehehe. Tapi yg Naimah wat dulu tu, dia sira ngan air gula. Yg nin mcm salut gula halus cam donat je.

Inilah kuih nekbat yg Fini cari2 sbb nk rasa. Beli 2 ketul ja. RM 0.50. Hehehe. Sedap juga bila makan sejuk.

Malam terakhir selepas pembentangan bengkel, Fini & Cikgu Nana pergi la ikut kumpulan yg nk pi Wakaf Che Yeh. Tatau pun apa tempat tu, tp dh ramai yg pi sbb EnKhairuddin chattered van, kami pi je la. Cikgu Odah tak ikut. Jalan le kami ber2. Sampai2, ooo...mcm pasar malam. Tapi kami sampai tu pun kedai tgh nk tutup, sbb pi lewat, pembentangan habis lewat. Adala Fini beli 2 helai kain pelikat, one for my Ayah & utk Pak Anjang Din.
[Wakaf Che Yeh : Peniaga pasar malam di sini menjaja aneka juadah tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, serta pakaian dan barangan keperluan lain.]
Hari terakhir, sebelum balik ke destinasi masing-masing (bus kami ke PPD Temerloh ja), kami dibawa berjalan-jalan ke Pasar Siti Khadijah. Cikgu Nana beli buah keranji. Masa ni kelakar, makcik tu igt kilat, rupanya org pukul gambar. (gambr kena pukul...hehe)
[Pasar Siti Khadijah : Pasar ini merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi daya tarikan utama Kelantan. Pelawat boleh membeli apa sahaja, seperti sayuran, makanan tempatan, buah-buahan dan barangan keperluan harian. Kebanyakan peniaga terdiri daripada wanita.]

Kami diberi masa 1 jam 15 minit utk jalan2 kat Pasar Siti Khadijah ni. Tapi tak beli apa sgt. Sebab kami tak jalan sgt pun, tunaikan yg wajib. Cikgu Odah & Cikgu Nana ni...memborong *** sorang satu...tgh2 pilih, sempat pusing, malu le konon ngan EnMurad. Eleh... Fini tak perasan pun, Fini beli brooch & butang baju melayu ja utk Mak & Ayah. Tatau nk beli apa kat sini. Sebenarnya tak mcm org lain, reti shopping. Mesti tak percaya, tapi tu le...Fini pandai beli kalau Fini mmg berhajat nk beli, kalau jalan pastu nk beli...nti tatau nk beli apa. :)

Naik ke bus...kena la tegur, org x percaya kami tak borong mcm cikgu2 P yg lain. Kat tgn kami ada majalah, air kotak & air tin je...kot kena berbuka dlm perjalanan sperti yg EnKamal pesan. Mcm dh takde brg nk borong je. Haha...ada org ckp...untung sbb Fini tak pandai beli. Dia tatau yg kalau kena gaya, Fini mcm org lain juga. Hehe. Tapi tak le sakan. Mcm org lain, biasa2. Tak semua P suka shopping tau. Otw balik, singgah beli keropok lekor.

Ini la, perjalanan Fini ke Kelantan, nk citer bnyk2 pun tak reti. Sekadarnya shj la. Letih tak abis lagi. Thanks to Cikgu Nana & Cikgu Raudah. Dari Cherating ke Kelantan, kita dok rapat ber3. Mcm tak mau kwn ngan org lain...haha. Bukan mcm tu, bak kata Cikgu Raudah @ Odah...kita ber3 ni sekepala, reti kwn ngan kelompok yg kecil, sembang pun kelompok kecil, bukan sombong, kami leh je sembang tp tak reti nk riuh mcm org lain. Ntahla...tp senang begini. Tapi bila citer kat Mak, Mak ckp sudah2 la jadi mcm ni. Fini need to change. Ntahla.

Thanks utk kedua-duanya sbb layan my karenah spnjang Fini dok menumpang bilik korang-133. Huhuhu...Fini x de bilik, sbnrnya ada143 tp sbb kena dok ngan JU, Fini tak mau le, segan...cheq kan pemalu. Ahaks.. Huhuhu...sedih sgt, hari pertama pi Kelantan, dah le jauh...boring dok sorang2 dlm bus. Pastu masa nk check in...takde partner. Huhuhu. Takkan nak jadi partner 129? Sempat lagi buat jokes di kala Fini mmg rs cam tak best sgt masa tu. T.kasih Cikgu Nana sanggup bangun pagi teman Fini sahur walaupun x besa bersahur.



Cikgu Mardiana @ Nana ni Fini kenal sbb dia dok sblh kiri Fini masa hari mula2 taklimat penempatan, stay smpi skrg close. Cikgu Odah ni pula sbb dia sedaerah ngan Cikgu Nana dan kami se'apartment' ms kat Cherating. Pun dh getting closer the three of us. Harapnya kita jumpa lagi nti utk panggilan ke maktab November ini. InsyaAllah. Terima kasih.

Kad Raya

Erm, seronok zaman kanak2 & belajar2 dulu terima kad, mcm anak enKasawari ni...seronok dpt kad raya.

Malas tul nk pecahkan kpd entry baru. Just nk ucap t.kasih. Fini thought via snail mail. Bagus betul 'posmen' FOC ek? Fast delivery FEDEX. Haha. Kad raya pertama utk tahun ni. Nape nama Fini salah? NoorSyafini bt Rosli? Huhu... Apapun, terima kasih. Fini pula sblum pi kursus ritu dh siap2 nk agih2kan kad raya, dh suruh my student tuliskan, tp tak pos lagi. Tlupa nk beli setem, so terperap la selama Fini ke Kelantan. Sempat ke sampai ek? Snail mail...mcm snail la ek?

credits to :
Nana-thanks utk gmbr, walaupun Fini bw camera, tp dok usung ja, nak amik gmbr pun malu. :p
Kementerian Pelancongan Malaysia-phamplet Kelantan Warisan Budaya Melayu Visit Malaysia 2007

1 comment:

Anonymous said...

Org Pekan ada jala mas sebab org Pekan tuh org Kelantan ...

Jala Mas is truely Kelantanese by origin and consumption.

Tapi jaguh sebenar kuih asli kelantan bukanlah yang dapat ditemukan di gerai gerai tepi jalan tetapi di dapur dapur yang tersembunyi. Mereka inilah tukang kuih yang orang sanggup datang menunggu hingga ke dapur. Malah mereka jugalah yg menyediakan kuih bagi jamuan di istana dan majlis keraian kerajaan.